Tuesday, 23 May 2017

Hinex camp

hai Assalamualaikum,

haa ni dah takde kerja sangat dah tetiba nak terobek hinex tahun lepas. kahkah. lama dah rupanya. tahun lepas. kahkah.
tahun tu hinex, or nama panjang dia Higher Institution National Exploration & Camping dat time buat kat upm kampus aku. kat hutan dalam kampus aku. kalau takde camp ni, aku tak pernah explore pun hutan dlm upmkb. haha. basically, benda ni buat under klkm. or nama panjang dia kumpulan latihan kelana siswa malaysia. or nama pendek dia pengakap. benda ni berlangsung selama seminggu la camtu sebab kitorang kan tuan rumah. 10-15 okt 2016. wakil uni seluruh malaysia ada la join. cam uthm, uia kuantan, uia gombak, usm, um, poli mukah tak silap aku tuje kot.  weh sumpah banyak tak ingat nombor2 ni. berapa org yg join pun tak ingat dah. tak silap aku kurang 100 org.

kitorang yang crew2 ni lah ramai. haha. upm tuan rumah, so kitorang bergabung dgn upm serdang. aku rasa campur dorang ada kot lebih 50 org upm sahaja. hahahha. weh. byk benda weh nak kene buat. ingat senang ke buat program camni. tp tu pun kerja2 sebelum hari kejadian tu org atasan setelkan. kerja kitorang masa hari berlangsung. tu pun ada juga yg pertikaikan zaman dorang, budak2 ni yg kene setelkan. haha. zaman dah berubah maa. dunia dah maju. tp sebenarnya, peranan kitorang adalah masa hari kejadian, bukan sebelum. so dont talk too much kayy . hooo. seminggu tu mmg aku mintak pengecualian kelas. seminggu tu tak masuk kelas. kau ghase. tapi dengan bahagianya aku tak dtg kelas duduk dlm hutan tu.

location hutan dalam kampus aku ni tak jauh pun, cuma stones throw away je. paling best kan, part nak pergi tapak kem, naik lori ramai ramai. kalau ikut dari dlm kampus, ada naik turun bukit dgn kecuraman 50 darjah. sirius tak tipu. bila naik lori memasing mulut tak reti diam. haha. yelah. dah macam sardin aku tengok dgn tak stablenya kau duduk dlm lori tu. hahah. lori tu pun mmg main peranan penting sebab bawak barang2 keperluan kem tu. mcm2 lah kitorang angkut. dari tong gas periuk belanga, apa semua keperluan nak masak , barang keperluan sepanjang kem semua. aku yg incharge bahagian peralatan ni kan, hangen je ada la org tu request brg tak pernah nak cukup. hmm. whiteboard byk2 buat apaaaa. lol.

nilah sardin cap upmkb tu. atas lori. hahah. best weh. gelak2 naik turun bukit. bontot sakit.


bila kau dah merentas bukit dgn kecuraman 50 darjah tu, satu hal pulak kau nak angkut barang bawak sampai tapak kem. location kem tu mcm kat gaung pulek. so kau kene bawak turun brg dgn jarak 100+ meter dgn kecuraman 25 darjah. masa mula sampai tu aku cam kagum jugak lah sebab trek nak sampai tapak kem tu baru siap buat. all the way sampai tapak kem. buat pakai kayu beroti. aku wonder jugak cemana lah dorang buat. mmg nampak proper sgt. hola. bg imej baik sikit kan. uni lain mai sarawak. ramai jugak tak pernah sampai sarawak tu. kihh

so inilah dia jalan nak masuk tapak kem tu. lol sory gamba selpi xD

menurut senior aku, kalau dorang tak buat tu, agak susah lah nak sampai bawah. kau boleh terjatuh tergolek. sirius tak tipu. start angkat brg petang jumaat lagi. pastu malam tu angkut lagi barang. opkosh mmg byk barang. umat manusia yg bakal duduk kat hutan tu nanti ramai ok. malam tu angkut barang hujan2. byg la angkat barang hujan2 dlm hutan cemana. haha. ramai crew en. kitorang berbaris sepanjang jalan tu pas barang sampai bawah. kurang sengah jam dalam hutan tu setel angkat barang semua. kah kah. ada la masa angkat brg tu berkenalan dgn budak ni, sebab masatu aku tak tahu mana geng aku pergi. kau nak tahu nama budak tu siapa. nama dia haziq. haha

setel angkat barang, meetin, settin barang apa semua. so kene ready, esok peserta semua sampai tapak kem. aku incharge bahagian peralatan. bersama lima yg lain, aku, syabi,  iskandar, fikri, arep, peter, kavin. entah la tetiba dorang kata aku bos. ceh padahal kan, semua buat kerja. kerja aku sikit je. hahh. aceli byk jugak pape program aku dgn syabi dri program sungai pinang lagi.

with syabi. ho masa ni enn baru pakai braces. tak reti lagi settin mulut.
tak selesa. tak boleh senyum tutup mulut. aku rasa bulky


petang tu kitorang usha tapak kem, tempat peserta settin khemah dorang. aku fasi yg kene bawak peserta dri usm. tapak kem ada 6 tak silap aku. semua tapak ada cabaran dia. masatu aku bawak peserta dari usm. tapak kem dorang ni mmg kau tak boleh pasang khemah pasang siap kat situ. pokok pun rapat2. pokok diameter 5 cm camtu. pokok kecik. tapi cantik. atas bukit. kau kene diy khemah pakai flying sheet segala. hammock, tong air, mess tin kitorang provide jugak. so opkosh lah tu kerja bahagian logistik, kita kene rekod brg yg kuar masuk apa semua. masa sampai tu kan, dorang mcm melopong jugak lah tgok tapak khemah mcm tu, tp ketua dia rilek chil je. dia tanya aku, apa signifikan tapak kem mcm ni. haha. aku tak tahu nak jawab apa. tp Alhamdulillah, encik tu takde nak marah kitorang balik ke apa. dia bincang dgn geng dia, apa nak buat. kira mmg dorang apply nilai murni dlm berpengakap tu. baru lah nice kan. tapi ada satu tapak kem ni peserta dia tak puas hati . siap marah fasi kitorang. cakap apa guna bawak khemah tapi tak boleh pakai lah apelah. buat muka tak puas hati lagi. kitorang diam je. kitorang mana tahu apa2. tapak kem jabatan hutan k bagi dorang lagi pro bab ni. nak lawan taiko pulak budak2 ni. mmg hangen je time tu. haha

ok pastu aktiviti dorang sepanjang kem tu mcm2 lah cam pioneering project, youth forum, csr kat kuala nyalau, malam kebudayaan, gala night, long house visit, then ekspidisi p gua niah n macam2 lagi lah. hoo. tp kitorang fasi ni tak dpt join. duduk kat hutan ja. haha. but kitorang enjoy sgt duduk dlm hutan tu. hehe. tak silap aku aku cuma join malam mesra alumni je. malam tu mcm ada makan2 dekat dewan.


ni masa majlis penutup tak silap aku

with gajet dorang

fenfeelin dlm hutan




ni masa malam alumni. dgn geng aku.

tgok lah muka bahagia kiorang duduk dlm hutan. malm ni ada nite walk sebab aku tengok baju aku tu. haha

hah. nanti aku sambung lagi. penat.. cerita hinex ni panjang  sngat. ni baru mukadimah je. hahahahhah. bye.

Monday, 22 May 2017

Apa aku buat sem 4

Hai semua. Assalamualaikum.

huu. Aku baru sedar yang aku belum blogging sem ni. entah. busy kot. tak busy sgt la. sebab pengakap sem ni pun tak bergerak sgt sebab en Fathi busy dgn biz dia so anak buah dia ni mcm hilang arah la. tu pun nasib baik dapat setelkan satu lagi lencena, lencana wajib dalam pengakap, lencana kemahiran. by hook or by crook, mmg kene handle program kem kemahiran ni. tapi Alhamdulillah, kerja kitorang buat program ni dimudahkan. mr. Kon bg kebenaran kitorang join kem kemahiran dgn pengakap sekolah menengah. walaupun mcm ada perbezaan umur kat situ, overall semua okay..

kitorang join kem ni sekali dgn rovers 3. nak tahu tak, r3 ada dua je melayu. kurang sepuluh orang je satu batch weh. kesian. dulu masa baru masuk beria. konon nak pecah rekod pengakap ada ahli paling ramai. sekali .. ramai quit pengakap. tak larat latu.kahkah. lembik! dua melayu tu pun lelaki..

tapak kem

kem dgn budak sekolah ni buat kat sekolah je. aka padang sekolah. takde mencabar mana pun. mcm kem biasa je.. ada la benda belajar tu. byk jugak lah sebenarnya. tp more to refresh balik apa yg dah tahu, and tambah tambah ilmu baru. kemahiran baru aku belajar is kemahiran menganggar, contoh mcm kau nak tahu lebar sungai, pastu kau nak cari pokok yg boleh menghubungkan sungai tu, so that kau anggar lebar sungai betul. lagi, baca bearing. haha kemahiran ni kau belajar masa kelas geografi kat sekolah dulu. kau masuk pengakap kau kene apply benda tu. longitud latitud.

then next day tu seperti biasa lah ada slot memasak paling feberet aku tu back wood cooking. this time buat ayam pansuh. ayam yg kau masak dlm buluh. sebab mmg dibekalkan buluh pun, so aku belajar benda baru, cara masak baru. weh wedap weh. first time aku makan ayam pansuh. ayam pansuh tu aceli resipi asal Sarawak. kitorang dibekalkan dgn ayam, garam. ada budak grup aku dia org melanau. dia cari pucuk ubi. pastu lepas basuh ayam, dia perap dgn garam pastu dia masukkan pucuk ubi tu. pastu bakar. hasil dia sedap weh, pahit2 pucuk ubi tuu mesra dgn ayam, air ayam kuar pastu bertakung kat dasar buluh tu jadi sup. sumpah sedap. mkn dlm hutan pulak tu kan. so sedap dia berganda. kerja aku, buat roti lilit. memandangkan aku dah pro buat roti lilit, maka, roti lilit kali ni paling sedap pernah aku buat . KAHKAH. alah sebenarnya, bila kau dah biasa camping kan, u get used to it, mcm kacang goreng je. sebab kemahiran tu mmg kau repeat everytime ada camping. so mmg tahu apa yg nak kene buat, apa rahsia dia apa semua. tips nak menang masak pun ado. haha. belagak.
ayam pansuh sedap
roti lilit paling osem

satu kelainan kem dis time, bila malam pengakap tu kan, bebudak sekolah tu semua sporting gila wei. semua mmg melayan. sporting ah. enjoy gila malam tu. sampai kitorang yg akak abang dlm kem tu kan rasa kitorang yg paling krik2. part buat persembahan sumpah persembahan kitorang tak kretif mcm dorang, dorang boleh come out persembahan yg best2 weh. tp kitorang dah mcm takde idea dah nak buat apa. haha. btw kat sini, joget pocho2 tu mmg dah jadi acara wajib dorang dah. mmg semua joget poco2 tu nais gila ah. sync semuanya. step mmg semua sama. besst. enjoy. kau kalau dah duduk sarawak kau tak tahu joget poco2 kau noob ok !. aku belajar jugak lah joget poco2 tu malam tu. sebab selama ni aku pun pelik pergi mana mana kampung buat program, mesti makcik2 kat kampung tu nak joget poco2 siap request lagi kat kitorang. rupanya baru aku sedar tu mmg budaya kat sini. tp mmg enjoy la joget tu. selain kau penat kuar peluh apa semua. haha. kitorang mmg hyper gila masa malam pengakap tu. paling lawak ann, masa nyanyi lagu unggun api, skip tu nyanyi, lirik skip tu camni, "unggun unggun apiii..api terang benderang..unggun unggun apiii..api terang benderang." tapi iman dgn selambanya nyanyi ikut skip tu salah lirik. dia nyanyi "unggun unggun api..api sedang berenang." kitorang yg perasan dia nyanyi salah lirik gelakkan dia gelak pecah perut punya. ade ke api sedang berenang :D ahhahahh.

mmg enjoy lah malam pengakap tu. pastu abis kol doblas camtu nak balik khemah tpi bekalan elektrik terputus kat tapak khemah. so semua tidur dekat dewan. tido melambak. kitorang tidur kat surau :p hahahh. agak ngelat lah. tapi nak senang punya pasal. bangun boleh terus solat subuh. dua tiga hari tu mmg tido tak cukup. tak boleh tidur kat khemah. byk nyamuk. tp aku mcm takde masalah sgt la. sedap je aku tidur. haha. tp malam tu bila dpt tidur kat surau mmg best lah. nyenyak gila tido.

part buat pioneering pojek tu, grup aku buat menara. mmg mcm mustahil je nak buat manara masa tu. tapi Alhamdulillah berjaya jugak buat. dgn kerjasama dri semua org. bebudak tu pun mcm mmg tunggu arahan akak abg dia ni. kahkah. adik adik sgt. pastu abis kem tu kol 3 camtu.

buat menara. hoo tukang pegang ramai

sumpah minggu tu busy gila. byk gila assignment ngn report nak kene buat. tiap minggu kerja menimbun. tapi kitorang sebelum pergi kem sanggup bersengkang mata siapkan kerja sebab mmg tahu punya balik kem mmg lepak. penat. tapi nasib baiklah esoknya tu 1 mei. cuti. so mmg esoknya aku bayar tidur je ah.

overall tu je aktiviti pengakap aku sem ni. mmg tak bergerak sgt sem ni sebab batch aku so far dah complete semua lencana. cuma lencana kemahiran ni je belum. lencana lain mcm lencana kemahiran, perkhidmatan, pengembaraan dah setel dah. so kiranya abis kem kemahiran ni, aku boleh setelkan buku log aku fail apa semua boleh hantar pastu boleh lah jahit 4 lencana dambaan tu kat uniform pengakap aku :) kah kah. boleh juga aku buli si iskandar tu jahitkan lencana tu. :p hihihi.  semua dah setel, so jangan tanya aku nak pergi BP Award ke tak sebab tu kene ready fizikal mental. and im not ready for that. mmg aku tak nak. tp mcm boleh consider jugak lah pergi BP award tu.. iskandar tanya. "nmaw pergi bp?" ingat aku tak tahu ke niat dia yg nak jd fasi masa bp tu nanti. hahhah. mementang dah ada BP ada hati nak jadi fasi ni..

sebenarnya aku agak jeles jugaklah dgn iskandar ni sebab dia ada BP award ni. sebab tu credit utk dia. best weh kalau ada . kiranya ada jugak benda boleh nak dibanggakan masuk pengakap ni. dah penat2 kaujoin buat program, camping, buat buku log apa semua, tinggal nak ready pergi bp tu je. tp masalahnya duit lah. nanti nak pergi kem tu mesti kene pergi semananjung.tu lah yg buat aku fikir dua tiga kali. mcm iskandar dulu ada org sponser, so dia untung kat situ. kalau aku nak pergi, ada org sponser, aku fikir2 kan jugak. kalau duit sendiri, kirim salam jelah. hoo k tu je.

aceli minggu ni minggu last lecture. next week dah study week, pastu mula puasa. pastu baliiikkkk. yeayy. dan yang pasti aku merindui iskandar. jahahah. bertahan jugak lah aku selama 6 bulan ni. kang sem depan baru dpat jumpa dia. hoo. tak snggup dah aku. tak sanggup dah menahan rinduuu. ei geli. nak muntah. WEK. MUNTAH. HAHAH. muntah muntah.


siap dah buku log :)
 bagi sikit gambo apa aku buat masa kem .
heheh.
skip ni nama awangku jaya:) comel sgt. igt kat arwah abah. time ni dia ajar ikatan

isi buku log. gigih weh.


kak doja yg suka menyakat



setel dah semua lencana ! yeayy

Thursday, 26 January 2017

Nama panggilan

Kenapa isk panggil antiba? Kenapa tak panggil diba je ? Kenapa mesti antiba?

Sebab thats the only thing yg boleh membezakan dia dgn org lain. Org len ada juga panggil. Tp tu mcm nama manja la. Kenkadang je dorang panggil antiba. Tapi kalau iskandar. Dia mmg akan panggil aku antiba. Entah mcm mana la melekat nama tu dia panggil aku. Tak tahuuu.
Then bila dia ada panggil aku dgn nama diba, adiba, aku rasa mcm len mcm. Mcm pelik je bila dia panggil diba. Rasa mcm ... Hahahahahah. So antiba . antiba antiba.

 LI dah la jauh. Estet pulak tu. Tak kesian ke kat aku. Dah la takde line 😭 dugaaan. "Cemana nak berchenta nii " *fyi  tu ayat dia. Hahaha. Haih makin rindu la kaw bah. Rindu lah. Rindu semuaaa. Nak bertahan 7 bulan ni. Harapnya aku tabah. Hahahah

Ni video gedik. pasang elastics kat gigi. tapi everytime tgok vid ni mcm ada byk hikmah vid ini diambil. Hahahahh. Adui mahal giler screenshot part ni. 😍 hah sudah la gedik. Bai. Amishuu. 

Ok gambar tu buat kudap kudapan je. Jajajajaja. Tak lama lagi result kuar. Abish la. Dah janji atlis 3.2. Harapnya lepas insyaallah. Sama2 kita berjaya ya iskandar. Goodluck praktikal tu. Kerja rerajin ok. Jgn stres takde line ok 😜 ceh org tu rilek je. Kite yg kat sini yg stres dia takde line. Ahhahah. Okbai.

Assalamualaikum.

Monday, 12 December 2016

matrik (KML) life

assalamualaikum..
topik rini..
kenangan terindah masa kat kml dlu an..
banyakkkkkk...
ahahaha.. oke sy cer satu persatu..

1) kafe tingkap
kafe nie special tau sebab dekat centre of kml which means berhampiran dgan surau al-irfan.. tau la dulu budak2 irfan kan..ahahahaha.. paling best an bila semua member pakat beli ramai2 pastu tumpahkan kat talam.. nikmat makan sekali tu.. masyaAllah.. mcm kenyang sebab berkat.. btw surau nie special tau sebab hati nie memang trasa melekat kat sini.. lebih2 lagi klaw iftar.. maigaddd.. nice laaa.. hehehe..


2) classmate
sy dulu kelas BP5T24, classmate semua gempak2.. hooo.. bila semua tau sy suka minum aiskrimsoda.. ramai2 pakat blikan eskrim sodaaa.. ramai2 kawan sekelaskan.. sy lebih ramat dgan muhammad zulhilmi aiman dah la nama lebih kurang n sepanjang iskandar zulkarnain.. ahahahaha.. bezzz member nie.. kami slalu jalan sesama.. paling x ble lpa masa perpisahan tu.. member nie nangis sebab nak pisah.. sy pun jadi sedey.. hurmmmm..

aimannnnn..ahahahhaha

nie masa shopping sesama.. kenapa kakak rembat baju saya..waaaa


3) roomate
part nie best..ahahahaha.. dgan achum, roman n stanley.. kami sebilikkan slalu huha2.. klaw semua stdy or buat kerja mesti saling kacau mengacau..hohoho.. hari sabtu diwartakan hari malas sedunia.. hari nie malas nak bgun nak makn nak mandi smua.. wakakakaka.. jadi ulor sawo melingkar seharian.. makan memang makan roti jela.. hihihi.. tu yg badan slim semacam ja.. kemas bilik pla hari ahad dlm 2 minggu skali or bila rasa x selesa tu.. memang rajin la suma bersihkan.. part escape phimpunan pla.. wakakakaka.. bila dgan first timer nie kan.. aura dea lain tau.. mcm x gelabah pn jadi gelabah.. last2 semua pakat lepak kat luar tingkap.. dah la ruang kecik.. tingkat 2 pla tu.. klaw jatuh kita jatuh sesama k.. sy lagi la.. dalam kot sy jatuh.. (jatuh cinta kat antiba).. chia chia chia..ahahahaha... behave iskandar.. kang antiba balas.. frost terus hati tu.. meltin dea pla kalah takat didih air water heater.. ahahaha..


biskut raya dari rumah..dapppp

cadar mama buat tu tetap guna tau sampai skrg..

tu ja kot dlu.. nnti sy share lagi ya.. tq antibaaa.. berusahaa buat kerja tu k.. heee.. sy pn akan brusahaa gak.. be happy with me.. share sikit gmbar..hehehe


lawatan jeng jeng jeng

rambut tu tau.. mama nampak kena seret p barber

hoodieeeeee.. n topi tu sy rindu.. x tau kat mana dah..huwaaa

dgan fenddy.. dea nie kan sumber inspirasi tau.. mualaf to muslim sejati...

last lab bersamaaaa.. miss you all.. sy oke ja sini.. ada antiba juga..ngeheheheh
terima kasih..

Saturday, 10 December 2016

Pernah Rasa ?

Kau pernah rasa bengap tak. bengap yang melampau lampau. kau rasa mcm tak pernah belajar benda tu padahal masa matrik kau duk ulang benda sama. pastu masuk u benda sama gak kau belajar tapi kau bengap. isu bengap ni sangat kronik bila kau buka lecture notes biochem dan seumpamanya. Ha ha   ha   ha. tulah dia ni study sebab nak exam kan. semua dah lupa. hahahh.  masyaallah. Udoh latu bengapkan diri sendiri.

so kau kene pulun sekarang. jgn duk tongkat dagu je kan. komplen sana sini kan. itu susah ini susah. haa..  kalau kau rasa kau tak boleh nak go kan. kau kene contohi bulu ketiak. sebab dia tetap memanjang walau dalam keadaan yg tersepit. kohkohkoh. (lawak zaman sekolah kot tetiba teringat) HAHAHAH

k bye..

Wednesday, 7 December 2016

Reply Post #1

hye uols..Assalamualaikum.

Okay ni merupakan reply post aku berkenaan post sebelum ni yg diblog oleh unkelis/iskandar. Unkelis tu dia yg gelar dia camtu. melekat terus. antiba tu gelaran yg anak buah aku semua panggil. Jadinya dia adalah anak buah aku sebab dia panggil aku antiba juga. HAHAHAH. cane tah boleh tercetusnya idea balas2 post blog ni. aku pun tak tahu. haha ni semua dia punya kerja.

Aku, yg dia gelar kesayangan dia ni, memunya blog ni sejak 7 tahun yg lalu. uish tak sangka sejak fom 2 aku dah berjinak2 tulis blog. tak mcm dia. dah la noob. jgn marah iskandar. HAHA. tapi, dah jadi milik bersama dah sekarang :) hihihi.

Reply post ni aku nak cerita la kan, seperti yg dia nak tahu sgt kan, how aku first meet dia kan. so tajuk besar dia, how Antiba meets Unkelis. ciacia. mcm mengada ngada je tajuk dia. haha  

Semuanya bermula dgn pengakap la. kursus kokorikulum berkredit universiti. aku mmg dah pasang niat nak masuk pengakap ni since orentasi masa mula masuk upm tu. sebab aku mmg dah aim nak dptkan experience sepanjang aku masuk u. dan aku mengambil kesempatan tu dgn join pengakap ni. tapi masa tu tak ditawarkan lagi kat kitorang, so sem 2 baru aku daftar. tapi iskandar masuk pengakap satu sem awal dari aku. kiranya dalam pengakap ni dia batch yg pertama. batch aku second. iskandar ni kira mcm senior aku lah ni. haa.

Tahu nama dia Iskandar Zulkarnain kan masa intro diri sendiri masa first meetin pengakap. nama ayah dia cam tak dgr sgt. susah kot. dgr Iskandar Zulkarnain je. haha nama pergh lejen tau. nama tak nak kalah. nama org2 hebat. omg. first impression aku kat dia, dia ni apesal muka matang sgt ni. mcm muka bapak2 org camtu, dgn jambang dia. haaaa. dgn spec lagii.. sangat. sangat la matang. pastu time tu aku agak jelah dia ni mesti ex dip yg masuk degree. umur ni tak mati 25/26 ke... HAHAHH. sekali kau nk tahuu. umur dia jarak dgn aku setahun je ! emm tak smpai. kalau kira ikut bulan, 6 bulan camtu. k setengah tahun je kayy beza. bukan tahun haa. pulaknya lepasan matrik jugak macam aku. okay tak kisah la kan. kita kenal kawan baru.

Dalam pengakap ni banyak benda la kitorang kene buat. handle program apa semua. haa. other than program yg course buat, aku tambah kerja aku dgn join pengakap ni so kerja/penat dia berganda jugak lah. walaupun aku tak pegang jawatan tinggi mcm yg lain, tapi aku rasa aku cukup sibuk uruskan program. ini lah pulak yg mmg ada jawatan. haaa.

Kira first program aku join pengakap ni sebenarnya Sg Pinang tapi iskandar ni lupa. dia igtkan manikayu tu yg first. sebab masatu dia baru mula bebaik dgn aku kan. itu je la yg dia ingat. haha. masa program sg. pinang kat dalat tu kan. haa mmg aku tak kenal sgt pun batch dorang. tahu pun nama je lah. kalau yg perempuan tu ok la. 

Sebelum pergi sekolah tu kat dalat, malam tu ada simulation sikit so that semua org tahu flow program semua. Memandangkan si iskandar ni handle slot ice breaking kan, dia duk buat simulation depan en hakim. aku perati je. dlm hati gelak2 sebab intonation dia monotonous camtu. aku nampak kak diah dah tak keruan dah sebab tone suara dia camtu. HAHAH. akk diah membetulkan dia. dia pulak aku nengok stres. sebab tak reti variety kan tone dia. haha. yela. sebab apa tau. benda ni nak approach minat budak kan bukan org besar. haa. kesian... hahaha

Masa program kat skolah tu, aku jadi fasilitator utk bebudak tu, aku handle slot Little scientist. kira buat eksperimen laa kan. slot tu aku cam takde geng sebab geng aku senior. so aku ni cam kene meramahkan diri sendiri la masa tu. buat diri sendiri berfungsi. newbie kot. and Alhamdulillah dapat geng yg mmg boleh masuk, kak ain dgn kak mira. masa fikir nak buat eksperimen apa utk bebudak tu kan, aku ada bg cadangan semua, and mmg dipertimbangkan dorang. hah. mmg suka bergrup dgn org camni. bagus la kan. dripada bergrup dgn org yg rasa dia punya cadangan je yg bagus, org lain tak. huh. frust betul.

emm iskandar ni kata aku boleh cakap kat depan? aku tak nervous? dia tak tahu ke suara aku terketor2 pastu sampai tersasul. sebaik ok . padahal handle bebudak je puun ! hahahha adui lawak.

siriusly aku mmg takde ape memory dgn iskandar ni masa program sg pinang tu. Yg aku igt malam tu, aku pegang iv mist pastu dia kata apa menda tu pastu aku buli dia. "kau spray, pastu kau sapu kat hidung kau. try la" pastu dia buat betul weh. kepedihan dia. aku dgn kengkawan aku gelakkan dia.


Ni sebenarnya tgh ajar dorang maths. surprisingly semua dah pandai maths. laju je dorang kira! nampak la dorang suka maths. kipidap !

ni la dia grup jagaan aku, kak ain and kak mira. dapat theme batman. dorang lukis. haha

masa slot aku. slot little scientists. best ! :)


mentaliti budak sini tak macam mentaliti anak buah aku.. rindu sgt !


nak pergi sekolah naik bot.. fyi experience naik bot memalam osem gila weeehhhhhh. tgok bintang. maigad. aku dgn geng aku siap baring atas jeti memalam berangan tgok bintang. hahah

stay rumah keluarga angkat.. duduk rumah panjang. mandi sungai.. huh best. majoriti org iban kat sini

aku dengan geng aku


banner tu, mentol buku bunga tu, aku lukis. tulisan tu entah. at first bukan kerja aku tapi aku alter2 sikit Alhamdulillah ada lah rupa sikit. haha sumpah aku rasa ni lah banner paling buruk pernah aku buat. tapi mentol tu nice. hihi


k tu je. next time aku sambung manikayu punya..
kbye. wsalam. 

indirect detim

hehehe.. Assalamualaikum.
I come back..
pinjam ya antiba :)

Harini sy nak cerita program kat Sungai Pinang pla.
kami dari pasukan kelana siswa klkm upmkb telah membuat program bersama sekolah angkat iaitu Sekolah Kluster Kebangsaan Sungai Pinang. 
kami menggunakan bas untuk ke jeti di dalat sarawak dan seterusnya menaiki bot ke sg pinang.
sepanjang perjalanan nie perrghhhhh,, mcm nek kuda, sebab klaw duduk kat tmpat paling blakang, buntot n kaki x jejak pn, ada zero gravity tuk 5 saat.. ahahahahahhaha..tpi meman besh laaa..
kat mukah lagi dgan makanan n abc yg murah... perggghhh nyamannnn..

Hurm. sepanjang program nie sy rasa sangat seronok krana dapat menimba pengalaman baru spt mandi sungai gelap2, handle program (ice breaking), buat pondok, melukis mural(ada antiba!), bawa bot, jumpa indai dgan Alexster yg comel, blajar menyumpit. perghhhh.. bnyak la..
masa program sy tu sy urus ice breaking je.. first timer an.. so bnyak la yg perlu dibaiki..hehehe.. pastukan,, turn antiba pla handle program selepas2 tu.. nampak antiba dapat bcakap kat depan.. kena puji tuuuu..naish laaa..heee.. pandai cover klaw ada terbuat silap an.. n x nerbes cakap kat depan.. oke la tuuu..

Agenda seterusnya sy p jumpa antiba sebab mcm sy dgar2 antiba pandai melukis.. hehehe..x tau dgar dari mana.. antiba ckp dea ada tugas nak jaga kumpulan.. tpi sy culik gak antiba bawa p tmpat mural..hehehehe
nampak x antiba in action..heee

antiba x prasan an sy amek gambo

Nampak antiba gigih melukis tau.. tpi x semua sempat di warna.. tian antiba.. next time klaw ada rezeki p sana.. jommmmmm..
pastukan.. ada aktiviti explorace.. rasanya antiba x da dekat sy tpi sy ada nampak antiba cat muka bebudak nie..ahahahah.. nasib ble ilang.. garangnyeee antiba..

Malam tu an ada post mortem.. sy ingat yg sy minta iv mist antiba sket.. sebab nak tau apa benda tu an.. antiba kata letak kat idung.. sy letak pastu dorang gelak.. eeeeeiii.. besh apa bnda tu.. (sy ada bli dari antiba gak.. tpii bawa balik rumah kejap ja bapa abiskan..minum ke apa.. ntah la.. ahahahahaha)
tapi serius best.. 
Hoooo.. atok(ketua rumah panjang kami) cakap an.. buaya kat sungai tu malu2.. klaw nampak tu kira untung la.. tapi sy ckap kat dorang klaw time tu kita kat air.. rasanya buaya tu yg untung.. ahahahahaha..
sejarah sungai nie pla, sebenarnya sungai nie sungai buatan manusia sebab nak elak cukai, besar tauuu.. nek bot tu pn bezzz.. tpi time nie x ble detim ngan antiba.. sebab antiba blum kenal sy sangat lagi..hohohoho..
rasanya tu ja kot tuk malam nie..
see yah..
atok tunjuk skill menyumpit

ni la pemandangan sunset

Alekster yg comel tapi nakal

team hitam.. aummm